Friday 16 October 2015

Berapa kali saya dapat cas henfone menggunakan powerbank ni??

CARA PENGIRAAN BERAPA KALI DAPAT CAS HENFON:
Ada beberapa customer bertanya berapa kali boleh cas henfon kalau saya beli 10,000mah powerbank? 

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ni seperti kapasiti battery henfon, batety loss (powerbank) dan cara penggunaan kita sendiri.
Mari kita lihat formula untuk pengiraan berapa kali boleh cas smartphone anda menggunakan Power Bank :
Kita ambil power loss dari Powerbank dalam 10-20%. atau dikenali sebagai conversion rate
Contohnya henfon Samsung S5 berkapasiti bateri 2,800 mAh dan powerbank berkapasiti 10,000 mAh.

Secara kasarnya boleh dikira macam ni:-

(20% battery loss X kapasiti bateri powerbank) / kapasiti bateri henfon
jadi
(0.8 (conversion rate) X 10,000 mAh) / 2,800 mAh = 2.86 kali.

Walaubagaimanapun ini hanyalah anggaran, bergantung juga pada cara penggunaan kita, maksudnya jika masa cas  kita tengah main COC, berinternet @ sebagainya, maka cycle charging pun akan berkurang.

Semoga Bermanfaat.

Boleh juga refer kepada post kami di http://gadgetmurahsumayyah.blogspot.my/2015/08/power-bank-captain-america-shield-anda.html dan baca di detail bawah sekali dalam post tersebut.

Mohon pembaca dapat membetulkan admin sekiranya info diberikan kurang tepat atau sebagainya. Terima kasih